Pages

Monday, 7 August 2017

Hebatkah Kita???

'Kebergantungan Sesama Manusia'


Syurga lelaki pada perempuan iaitu ibu
Syurga perempuan pada lelaki iaitu suami

Sehebat-hebat suami kena patuh pada ibu
Sehebat-hebat ibu kena patuh pada suami

Masa hidup anak perlukan doa ibubapa
Masa mati ibubapa perlukan doa anak

Di dunia nasab itu pada lelaki
Di akhirat nasab itu pada perempuan

Sehebat-hebat manusia, bila mati dia tetap perlu orang lain untuk kebumikan jenazahnya

Setinggi-tinggi ilmu yang manusia ada, dia tetap perlu belajar daripada seorang guru

Berapa jauh pun seorang manusia itu mengembara, pasti yang dirindui adalah keluarga

Walau sekaya manapun seorang manusia, dia tetap perlu berurusan dengan orang lain

Seorang General Manager tidak akan mampu menguruskan perjalanan premis tanpa general worker

Seorang raja tidak berkuasa tanpa rakyat jelata

Inilah manusia... LEMAH

Walau sehebat manapun kita di dunia...
Walau memegang pangkat dan darjat tertinggi...
Taraf kita hanya seorang 'HAMBA'

Lalu, kenapa mahu rasakan kita adalah yang terbaik dan terhebat?

Bukankah itu hanya akan membawa kita kepada taraf ujub, riak, sombong dan hina?

Ingatlah wahai diriku dan yang sedang membaca...

Iblis itu terlaknat hanya kerana satu sifat iaitu sombong dan merasa dia lebih baik

Alangkah baiknya jika dunia yang sementara ini kita isi dengan kebahagiaan..

Bahagia bila lihat orang lain bahagia..
Derita bila lihat orang lain derita...
Mahu yang terbaik buat diri sendiri dan orang lain

Ingatlah...

Dunia untuk dikongsi bersama. Jika tidak, pasti Allah beri setiap seorang manusia itu sebuah bumi untuknya sendiri. 
Sesunggunya, Allah tidak pernah salah merencana sesuatu. 
Pasti ada hikmahnya.

- Sekian -


#copy dari group Whatsapp 

2 comments:

  1. btol.. kita x hebat.. tp saling lengkap melengkapi

    ReplyDelete

Tabung Pendidikan Untuk Masa Hadapan